Lapar.Itulah yang dirasakan saat ini.Opah ini, nama saja buat kenduri, cucu sendiri biar lapar.Nak keluar dia malu, nanti orang kata dia anak dara tidak tahu adab pula. Mulut orang kampung.Baru Aliaa Arisya hendak meredah orang ramai dan menuju ke dapur, dia melihat abang sulungnya, Ariff Azrill.Mereka semuanya empat beradik.Yang kedua dan ketiga lelaki.Semuanya dijaga oleh opah mereka, Hajah Salmah. Kadang-kadang mereka suka mengusik opah mereka dengan memanggil Hajah Salmi sebagai Saloma kerana wajahnya yang agak iras dengan penyanyi terkenal itu suatu ketika dahulu. Mereka rapat benar dengan wanita itu, ibu mereka tak habis-habis dengan suami barunya.Menjaga mereka tidak pernah, mendidik jauh sekali.Sekurang-kurangnya bersama Hajah salmah, mereka dapat belajar mengaji dan solat.
“Abang Aril!” Jeritnya lantang.Ariff Azrill memandangnya dengan kening yang dijongketkan sebelah.Nak jadi Ziana Zain pula abang sayang ku ini.
“Apa yang Arisy terjerit-jerit ni. Kan banyak tetamu ni.” Tegur lelaki itu.Alia Arisya hanya menggaru-garu kepala.
“Sorreyh , tapi Arisy lapar ni. Nanti kalau masuk dapur Kak Peah dengan Cik Ha peril-perli Arisy pulak.Ini yang nak mintak tolong abang Arisy yang handsome ini.” Senyumannya meleret, tapi memang benar, Kak Peah dengan Cik Ha itu bukan boleh percaya, tak pasal-pasal dia heboh dekat semua orang dia curi tulang di dapur, malas buat kerja. Mulut tak ada insurans betul, Itu sebab diorang itu tak kahwin sampai sekarang. Eih! Jahatnya mulut, kena dekat diri sendiri padan muka!
“Amboi, bab bodek memang adik abang ini nombor satu!”
“Taklah, nombor satu kak tipah tertipu tu.” Dia sudah mula loya buruknya.Teringat dengan Kak Latifah yang rajin membodeknya, ingatkan ikhlas, tapi hampeh.Puji-puji rupanya nak suruh dia tolong hantarkan ke pasar.Sudahnya kena tipu dengan penjual sayur, itu sebab orang panggil dia tipah teritpu. Itulah, gunakan orang lagi, kan tuhan dah balas.
“Loya buruk!Hmmm , nak suruh abang Arill ambilkan apa ini?” Walaupun bengang dengan perangai adiknya yang bongsu itu, diturutkan juga.Itulah satu-satunya adik perempuannya. Yang lain, balik saja kampong semuanya sembang pasal studi. Paling tidak pun pasal awek, tak ada maknanya mereka hendak bermanja dengannya.Adik bongsunya sajalah yang bermanja dengannya, selalu urutkannya.
“I love youlah bang. Ambilkan lauk ayam masak merah, kari daging, ikan sweet n sour, sayur bayam dengan air Ribena dalam friedge. Terimas.” Melopong mulut Ariff Azrill, ini bukan makan, ini dah melantak!
***
“Ma, Danish tak naklah masuk. Malaslah! Ramai orang, rimaslah.”Rengeknya.Puan Humaira menjegilkan matanya. Anaknya hidup terlampau mewah sehinggakan lupa dengan suasana kampong, lupa akan neneknya yang selama ini telah mendidiknya tentang agama. Silap benar dia kerana mengambil semula anaknya itu.
“Jangan nak mengada-ngada Danish.Apa salahnya kamu jumpa opah kamu tu sekali-sekala. Kamu jumpa dia setahun sekali pun belom tentu.Dah, jangan nak banyak songeh.Masuk cepat.”Suara Puan Humaira sedikit tinggi.Dia sebenarnya sudah tidak sabar hendak bertemu anak-anak saudara kesayangannya itu. Perangai mereka dengan Danish Aiqimi berbeza bagai langit dan bumi. Rasa simpatinya terhadap mereka juga melimpah- ruah.Adiknya Puan Aisyah tidak pernah mahu mengambil tahu tentang anak-anaknya.Setahun hanya sekali dua dia menelefon ke kampung.
“Eh, Mak Long. Apa khabar? Rindunya Ashraf dengan Mak Long.” Sambut Ashraf Arman lalu memeluk ibu saudaranya erat.Selain opahnya, wanita ini juga sering mengambil berat dengan empat beradik.
“Laaa …, dah besar panjang anak Mak Long ini.Dulu mentah lagi.Maaflah, Mak Long berhubung melalui telefon saja.”
“Tak apalah mak long, janji mak long telefon. Eh, ini anak mak long ya?” Tanyanya ramah.“Ashraf.” Tangan dihulurkan tanda salam perkenalan. Sewaktu lelaki itu bersama neneknya, dia berada di rumah ibunya bersama Aqil Arfan.Selepas mereka dijaga opah mereka, anak mak longnya pula diambil semula.Jadi mereka belum pernah mengenali sesama sendiri.
“Danish.”Jawab Danish Aiqimi sepatah.Wajahnya juga tampak tidak ikhlas apabila senyum.
“Ha, Nish, ini anak kedua mak ngah Shah.”
“Mak long, Danish, masuklah.Opah daripada tadi risau.Tak habis-habis Tanya pasal korang.Jemputlah.”Ajak Ashraf Arman lembut.
“Erm, Ashraf, toilet di mana ya.Aku dah tak boleh tahan sebenarnya.”Puan Humaira dan Ashraf Arman tergelak.
“ Kau masuk ikut dapur . Jumpalah nanti.”Melihat ada riak risau pada wajah itu, dia tersenyum. Kalau nama sudah lelaki, memang takut dengan dapur. Bukannya takut apa, banyak perempuan. “ Taka pa, tak ada orang, kalau ada pun mungkin opah.
Bab 2
“Fuhh !Lega sikit.”Memang sejak dari tadi dia hendak terkucil.Baru saja dia hendak melangkah pergi, dia terlihat seorang gadis sedang makan. Gadis itu makan bagai tidak pernah jumpa makanan setahun. Baju kurungnya juga lusuh.Pasti pencuri, opahnya pun satu, tutuplah pintu.Percaya sangat dengan orang kampung.“Hoi!Kau nak curi makanan ek?!”Sergahnya lantang tanpa menyoal dahulu.
Aliaa Arisya memandang dengan pandangan yang pelik.‘Apanya mamat ni? Dahlah masuk rumah orang, lepas tu nak tuduh-tuduh pula.Ini gila punya orang.’Aliaa Arisya berkata dalam hati. “Ha? Awak ni siapa? Pencuri?Mana datang pulak pencurinya awak?Kuat imaginasilah awak ini.”
“Kau tak payah nak berlakonlah pencuri!Iya pun kau nak melantak, mintaklah dulu.Lagi pun ini tengah kenduri, kalau nak makan, makan saja di luar, tak payah nak mencuri macam ini!” Tuduh Danish Aiqimi lagi.
Aliaa Arisya meletakkan jari telunjuknya di atas bibir.Aku ingatkan dia ini bodoh sangat.Pandai pun. Dah nama pun kenduri, confirmlah free. Buat apa nak menambah dosa mencuri kalau dah boleh makan percuma tanpa mendapat sebarang dosa. “ Tahu pun kenduri, saya ingatkan tak sedar tadi. Dah tu, buat apa saya nak mencuri kalau dah boleh makan free? Weird!
Danish Aiqimi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Betul jugak, aduh, malu doe! “Ha..hab…bis tu, Ke…ke..napa awak makan se…se..” Aliaa Arisya yang bosan menunggu lelaki yang menuduhnya itu habis bicara pantas memotong. Hampeh betul, muka saja encem, gagaplah pulak!
“Encik yang baru dikenali, awak cakap boleh tak sekali arung.Penat kot nak tunggu awak habis cakap.”Aliaa Arisya membuat muka toya walaupun mata lelaki itu bagaikan helang yang hendak menyambar mangsanya. Aku kisah apa, rumah aku, dia buat apa-apa aku make sure opah kurung dia dekat reban ayam. Eh, tak best, tak best, letak dia dekat tempat angsa, biar dia kena sudu setiap masa! Wahahah.
“Malas aku nak cakap dengan kau! Orang kampung…” Katanya lalu terus beredar.Aliaa Arisya mencebik, gila punya orang, habis tu nenek dia orang bandarlah sangat. Heh, tiada kampung, tiadalah Bandar tau!
***
“Arisya, kamu ni reti makan je, pergilah tolong dekat depan itu.” Tegur Aqil Arfan, abangnya yang ketiga. Aliaa Arisya tersenyum meleret.Tahu benar perangai abangnya yang mudah mengalah dengannya. Pujuk sikit confirm dia kesian.
“Arisy laparlah Aan.Tengok, nasi pun tak sampai setengah lagi makan.”Sengaja dia membuat muka kesiannya.Hantu betul, padahal tadi dah melantak.
“Hmmm… , cepat makan. Nanti ikut Aan pergi jumpa mak long.Beria-ia dia nak jumpa Arisy!” Beritahu Aqil Arfan. Aliaa Arisya terjerit kecil.Rindu benar dia pada mak longnya itu, wanita kedua yang dikasihinya selepas Hajah Salmah.
“Mak long ada sini? Okay, Arisy dah sudah makan!” Cepat-cepat dia membasuh tangannya.Aqil Arfan jadi bingung, tadi katanya lapar sangat.Dituruti juga langkah adik bongsunya menuju ke khemah kahas yang ditempatkan buat kaum kerabat mereka.
Sampai saja, dia sudah dapat melihat semua ahli keluarganya di situ. Mak longnya sudah tersenyum mesra.Pantas saja Aliaa Arisya meninggal Aqil Arfan dan berlari anak menuju kea rah mak longnya.Tanpa menghiraukan orang ramai, tubuh gempal mak longnya itu didakap erat.Esakan halus mula kedengaran.Puan Humaira menepuk-menepuk belakang anak saudaranya itu.rindu sungguh dia pada anak gadis yang malang itu.
Anak remaja yang kelihatan lurus sepuluh tahun dahulu bertuka menjadi seorang gadis yang menawan.Kulitnya putih kemerah-merahan.Bibir mungil yang merekah itu tampak menawan pada mata tuanya. Alangkah indah dia bermenantukan gadis genit ini…
Enjoy ... and leave some comments for me to improve :D
Hamsahamida ♥
No comments:
Post a Comment