Monday, December 5, 2011

Something New :)

Something new bila teens try to make a novel kaan ?
Yes , mmg sangat new but good ...
sebab sometimes kita kena melawan arus dalam hidup :)
Kita tgk a lot of teens menyanyi ...
teens berlakon ...
So , ni something new yang I rase I should try ..
tak kesahlah orang kate this thing tak popular ...
Sebab I buat bukan untuk popular , I buat sebab suka , minat :)

Friday, October 28, 2011

HELLO :)

Hye ! Hye ! Hye !
How was it readers okayy ??
Glad if u love it ,
and
bye-bye kepada mereka yg tak suka :)

Wednesday, October 19, 2011

Bab 3 / 4

Bab 3
        Danish Aiqimi termenung sendiri di cafe kampus.Geram sungguh dia dengan mamanya yang tak habis-habis memuji sepupu-sepupunya.Apa sangat yang ada pada mereka? Rupa memang ada tetapi, perangai sekor-sekor, skema yang amat. Tapi mama kata ada 4 orang,  semalam  ada 3 saja. Yang perempuannya mana? Ah, tak kisahlah janji mama tak match making aku dengan dia. Entah-entah muka macam tongkang pecah ke, niaya aku!
        “Hey Nish.Seorang  je? Mana pergi kawan-kawan you?”Si  gadis manis mucul entah dari mana tetapi tetap membuahkan senyuman di bibir Danish Aiqimi. Walaupun gadis ini tidaklah berpakaian seksi tetapi dia tidaklah terlalu skema sehinggakan tiap-tiap hari memakai baju kurung. Yucks! Geli aku. Seksi sangat pun aku tak suka, nanti orang lain semua dah tengok, aku tinggal saki baki je!
        “Bell! Hey, come, join me for lunch.” Danish Aiqimi sudah bangun untuk menarik kerusi buat si gadis yang dikenali sebagai Belinda.Gadis itu sudah tersenyum manja. Perempuan, perempuan,baru tunjuk romantik sikit dah tersenyum-senyum. “Diorang, biasalah, dengan awek masing-masing.”Sambung Danish Aiqimi lagi.
         “You pulak?Takkan tak ada yang nak teman you?”
        “Come on Bell, siapa je yang nak teman I selain you. I miss you so much Bell.” Tangan Bellinda diusap perlahan.Kata-katanya tidak pernah ikhlas, hanya mengambil hati gadis-gadis yang berada di sampingnya.
        “Ada sajalah you ni Danish! Okay, kalau betul I’m the only girl yang selalu teman you, tell me, what make me so special?”
        Nothing.Kata-kata itu hanya dapat diluahkan dalam hatinya. “Erm… , let see,you’re pretty, sweet, pandai  bergaya…” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Danish Aiqimi terlihat seseorang yang dikenalinya, tapi dia tidak pasti di mana … “Pencuri …” katanya perlahan tetapi jelas di pendengaran Bellinda.
“What?!”
***
        Sorry, I got to go!” Katanya lalu terus melangkah pergi meniggalkan si gadis yang terkulat-kulat di situ.Merah muka Bellinda ditinggalkan begitu. Tak guna punya jantan, tadi bukan main romantic , Nampak je perempuan terus tinggal aku !
        “Hoi, pencuri!”Aliaa Arisya membuat muka selambanya dan meneruskan perjalanan. Apa bendanya mamat ni, ada ke panggil pencuri, dia ingat pencuri tu nak datang balik  dekat dia ? Kejar sajalah! Ini mesti tak belajar pendidikan jasmani ni. Memang semput habislah kalau berlari sambil menjerit ! Tapi yang anehnya , mana ada orang berlari dekat sini, arah mana pulak datang pencurinya ? Confirm orang gila!
       “Ish minah ni !Pekak binti tuli betul!" Danish mula lari sepantas mungking, dah macam pelari pecut gayanya! Dengan segera dia menghalang Aliaa Arisya. Gadis yang sibuk dengan mp3 player-nya yang tidak mahu berfungsi tidak sedar akan kehadiran lelaki itu dan ... "Bum!!" Aliaa Arisya jatuh di atas lelaki itu, buku-buka yang dipegangnya bersepah diatas jalan.
        "Aku rasa aku jatuh tadi.Asal badan tak sakit hah?" omel Aliaa Arisya sendiri, dia mula menekan-nekan."Sejak bila jalan ni lembut sangat? Macam ni, aku jatuh tiap-tiap hari pun tak apa!"Katanya lalu tergelak sendiri. Apabila dia hendak bangun... "Masya-Allah! Anak teruna mana pulak yang aku sedap-sedap landing ni!" Aliaa Arisya menggaru-garu kepalanya, sampai pengsan anak orang dibuatnya!
        Badan Danish Aiqimi ditolak dengan hujung jari telunjuknya saja. "Dah mati ke mat jambu ni? Takkan landing sikit dah innalillah?"
        "Aduh ....." Danish Aiqimi mula sedar. Kepalanya dipanggung, sakitnya macam dilanggar lori saja! Melihat saja wajah Aliaa Arisya sakitnya hilang! "Kau ni kaan, kot ya pun kau nak tidur tengah-tengah jalan, tak payahlah sampai nak hempap aku! Kau ingat kau ringan ke mangkuk?!"Danish Aiqimi mula menengking.
        "Eh mat jambu, kau ni buta ke? Mana ada mangkuk dekat sini? Lagi satu, kau gila ke  nak tidur atas jalan, nak cakap tu biarlah logic sikit…” Kata gadis itu sambil menggaru-garu kepala.Lurus sugguh budak seorang ini.Danish Aiqimi menepuk dahinya. Muka saja comel tapi lurus yang amat!
        “Haram betul!Dah lah blurr, suka-suka hati kau je nak panggil aku mat jambu.Kau ingat kau comel sangatlah?!”Herdiknya lagi.
        Kali ini Aliaa Arisya tidak lagi membiarkan dirinya diherdik.Wajah yang keputih-putihan itu bertukar merah. “Kau ni sakit ke hah?! Tiba-tiba nak marah orang, tu suara kau tu, tak boleh kuat lagi?! Memang aku comel daripada kau yang macam mat jambu ni! Muka putih melepak macam pakai tepung gomak, kemeja stripes pink! Lepas tu pakai minyak wangi sampai hujung dunia boleh bau!”Melopng  mulut Danish Aiqimi, main kasar pulak si pendek ni!
        “Aku memang naturally putih okay! Kau tu, dahlah pendek! ni pipi kau ni, dah macam pau kukus aku tengok, tembam! Weyh dwarf, kau ni tak comel mana pun, tu kau nampak kucing tepi kereta tu?”Danish Aiqimi menunjuk kea rah seekor kucing jalanan yang badannya penuh kurap.“Kucing tu seribu kali ganda lagi comel daripada kau!”Sambungnya lagi lalu tergelak kuat.Namun tawanya terhenti apabila Aliaa Arisya ketawa lebih kuat.
       “Ha ah, lawak sangat doe mat jambu! Lawak just untuk orang gila macam kau ni! Dey, kalau kucing tu seribu kali ganda comel daripada aku, maknanya kau ni buruk berjuta kali ganda daripada aku tahu! Aku naturally putih …” Aliaa Arisya mengajuk cara percakapan lelaki itu. “sebab  naturally putihlah aku panggil kau mat jambu! Eh ngokngek, aku penatlah nak melayan kau ni! Aku chow dulu lah ek!”Aliaa Arisya mula melangkah pergi.Danish Aiqimi hanya memandang dengan mata yang mengecil. Kau tunggu dwarf …
***
“Abang Arill!Abang!”Jerit Aliaa Arisya lantang.Dia perlukan bahu untuk menangis sekarang ini. Mat jambu itu benar-benar buatnya geram. Selamba badak dia saja panggil aku dwarf. Aku bukannya pendek sangat! Tudung yang melitupi kepalanya direntap kuat.Mukanya mula merah dan matanya sudah berkaca.Tunggu masa sahaja air matanya hendak jatuh.
“Kenapa ni Arisy? Kenapa menangis ni?”Kata Ariff Azrill risau melihat adik kesayangannya itu menangis.Tangan gadis kecil molek itu ditarik ke sofa berdekatan.  Rambut panjang separas bahu itu  diusap lembut. Aliaa Arisya pula sudah menangis teresak-esak di dada abang sulungnya itu.Dia sebenarnya lebih geram terhadap dirinya sendiri.Sejak dari dulu, dia langsung tidak boleh marah, jika dia marah pasti dia yang menangis. “Kenapa adik abang ni? Cuba Arisy cerita dengan abang Arill.” Lembut saja tutur  kata Ariff Azrill yang tua 6 tahun daripadanya itu.
        “Arisy geram dengan mat jambu dekat Universiti Arisy tu! Dahlah dia yang buta tak nampak Arisy tapi dia pulak yang tengking-tengking Arisy! Lepas tu dia panggil Arisy dwarf!” Esakkannya semakin kuat habisnya ayat itu.Ariff Azrill sedaya upaya menahan tawa.Hai, manja sungguh adik bongsunya ini. Dah tu sesuka hati dia ju panggil orang ‘mat jambu’.  Layan sajalah budak dwarf seorang ni ….
        “Alala …, siannya adik abang ni orang panggil dwarf. Tapikan Arisy, Arisy memang pendeklah sayang..! Hahahahhahahah…!” Tawa yang kuat dari lelaki itu menambah geram Aliaa Arisya.Dada Ariff Azrill dipukul kuat.
        “Jahatlah abang Arill ni! Benci tau! Eiiiiiii, menyampah! Menyampah!”Dada lelaki itu dipukulnya lagi!”
         “Arisya , kenapa yang kamu naik meroyan ni?”Tegur Hajah Salmi.
        “Ni ha, abang Arill ni! Sesuka hati dia saja panggil Arisy pendek!” adunya persis anak kecil.
        “Abang guraulah!Itu pun nak mengadu dengan opah.Taknak cakap dengan adik 2 jam!”Ariff Azrill mengugut.
        “Eh, tak,tak!Abang gurau je dengan Arisy.”Hajah Salmi menggeleng-geleng melihat telatah cucu-cucunya yang keanak-anakkan.
        “Ada-ada sajalah kamu berdua ni. Arisy, pergi naik mandi.Nanti kita makan sama-sama.Esok opah dah kena balik Johor.”
        “Sekejapnya opah.Tak boleh duduk lama lagi ke?” Tanya Aliaa Arisya
       “Mana boleh, nanti mati itik dengan ayam opah dekat kampong.Nanti raya macam mana kamu semua nak makan rendang ayam kalau semuanya mati kebulur? Dahlah cepat mandi Arisy! Nanti lepas siap, panggilkan abang Asyraf dengan Aan ye Arisy! Opah nak cakap sesuatu masa makan nanti!”Tegas saja ayat terakhirnya.
        “Hisy opah ni, suruh macam pengetua nak panggil budak bemasalah je.” Ariff Azrill berjenaka.Hajah Salmi hanya tersenyum lalu beredar.Mereka berdua berpandangan sendiri.
Bab 4
        Suasana meja makan senyap sunyi tidak seperti kebiasaannya.Tiada siapa berani berbicara. Semuanya gelisah menanti apa yang akan diperkatakan oleh nenek mereka. Makanan juga tidak bersentuh, kata opah mereka ada tetamu yang akan makan sekali dengan mereka. “Ding!” bunyi loceng rumah teres dua tingkat itu berbunyi. Keempat-empat beradik  itu itu memandang sesame sendiri.
        “Assalamualaikum…” Mendengar saja suara itu, melulu Aliaa Arisya ke pintu diikuti Ashraf Arman, Aqil Arfan dan Ariff Azrill.Hajah Salmi hanya duduk di meja makan. Wanita separuh abad itu hanya tersenyum, nampaknya ia tidaklah sesukar mana ….
***
        “Opah dengan Maklong tak boleh buat macam ni dengan Arisy.Umur Arisy baru 19 tahun.Arisy belum bersedia lagi. Arisy nak belajar opah , maklong. Tolonglah faham Arisy.”Aliaa Arisya merayu sambil teresak-esak dihadapan maklongnya dan Hajah Salmi.
        “Maklong, Arisy mentah lagi.Kasihankanlah dia. Ashraf mintak sangat janganlah buat macam ni dekat Arisy.”Pohon Ashraf Arman pula manakala Ariff Azrill hanya berwajah tenang.Melarang tidak, menggalakkan tidak.
        "Maklong, Arisy bukan tak sudi nak jadi menantu maklong.Arisy bangga sangat kalau dapat mertua macam maklong.Tapi Arisy nak belajar maklong, Arisy tak sedia lagi nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.Abang Arid tolonglah Arisy. Cakap dengan opah dengan maklong Arisy tak ready lagi ...." Bukannya Hajah salmi dan Puan Humaira tidak kasihankan gadis lurus itu tetapi mata tua mereka berat mengatakan mereka berdua akan saling melengkapi.  Ariff Azrill sendiri tidak tahu apa yang ingin dikatakan.
        “Maklong takkan paksa Arisy sayang, tapi maklong hanya nak Arisy dan Danish bahagia. Maklong pasti  kamu berdua akan bahagia bila bersama.”
        “Korang semua kejam! Semua orang kejam dengan Arisy! Arisy benci! Benci!”Aliaa Arisya berlari masuk ke bilik tidurnya.
Masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Keluhan berat kedengaran dari mulut Hajah Salmi.
***
       “Tuk!Tuk! Arisy, bukaklah pintu ni. Aan ni."Alia Arisya di dalam hanya bungkam tanpa kata. “Arisy,bukaklah pintu ni. Janganlah buat kitorang semua risau. Biarlah Aan  masuk sekejap. “ Beberapa saat kemudian, pintu dikuak dari dalam. Cepat-cepat Aqil Arhan meloloskan diri  ke dalam bilik adiknya.  Wajah yang merah menahan tangis itu mengundang simpatinya. Rambut panjang paras bahu adiknya digosok-gosok. “Janganlah menangis macam ni Arisy. Bukan esok pun kena kahwin.” pujuknya lembut.
        “Aan, Arisy sekarang ni tersepit.Kalau Arisy tak nak ikut cakap maklong dengan opah, maknanya Arisy dah lukakanhati mereka tapi kalau Arisy ikut, itu sama je macam Arisy rosakkan hidup Arisy sendiri!”
        “Aan faham tapi takkanlah maklong nak aniaya anak saudara sendiri? Okay, macam ni, apa kata Arisy jumpa dulu dengan anak maklong. Lepas tu kalau Arisy rasa tak suka, Aan akan tolong Arisy!”
        “Abang Ashraf pun!” empat pasang mata memandang kea rah Ashraf Arman.  “Aliaa, sudahlah, janganlah menangis dah.Esok Aliaa pergi jumpa anak maklong tu dulu ye. Abang tak berani nak cakap apa, tapi abang pernah jumpa dia. Baiklah juga orangnya ….”
        “Insyaallah, kalau Arisy ada waktu, Arisy pergi esok.Abang dengan Aan pergilah tidur, Arisy dah tak apa-apa.” Ashraf Armand an Aqil Arfan akur. Kedua-dua mereka keluar bagi member ruang buat adik kesayangan mereka tenang.
***
        “No ma! I’m not going to marry her! I don’t even know her! Ma sekarang ni mana ada arranged marriage ni. “ Rambutnya dikuak kasar!
        “Habis tu kamu nak yang macam mana Danish Aiqimi?Kalau mama biar kamu pilih, mama dah arwah belum tentu kamu menikah.  Kalau kamu nak bawa balik pun, pakaian macam tak macam pakai baju! “ Bidas Puan Humaira. Bukan dia tidak lihat gadis-gadis  yang sering mendampingi anaknya. Muka kalau makeup tak macam opera cina  memang tak sah. Kalau dikata begitu kepada anaknya Danish Aiqimi, mulalah mengata dirinya kolot. Tak tahu gaya zaman sekarang.
        “Betterlah daripada anak saudara mama tu kaan! Danish confirm, dia tu mesti tudung labuh macam ustazah lepas tu muka blur plus innocent. Makeup sikit pun confirm tak ada!”
        “Eh, Danish! Can you use your brain, think, kalaulah you nak yang seksi, terbuka sana, terbuka sini. Macam dah tak cukup kain, lepas Danish jadi husband dia, Danish nak tengok apa, orang lain dah tengok dulu sebelum Danish. Kiranya Danish kongsi bini dengan orang lain. Nak kamu macam tu. Itulah sebabnya Islam suruh tutup aurat.Istimewanya seseorang lelaki apabila hanya dia yang boleh melihat bahagian-bahagian tertutup isterinya.Kamu nak orang meratah bini kamu?!” panjang lebar ceramah Puan Humaira.Danish Aiqimi membuat muka bosan.
        “Okay fine, esok Danish jumpa dulu dia, kalau Danish memang tak berkenan, keputusan Danish muktamad. I won’t marry her at all !”Danish Aiqimi terus bangun menuju ke kamarnya.Puan Humaira hanya tersenyum.Senyuman penuh makna.